Ditempat Baru (Lagi)


Tidak seperti orang lain yang mungkin suka bertukar-tukar baju, bertukar-ganti kasut, tas tangan, gincu, pencuci muka (hah?), mahupun pasangan (err…); saya suka bertukar-ganti kerja! (Pulak)
Memandangkan ketua jabatan di tempat saya bekerja tiada di pejabat hari ini, (mungkin dia membeli-belah sempena Aidil Adha esok)(oh, tidak mungkin.  Dia berbangsa Tionghua) saya berasa amat lapang untuk menghitung-kira jumlah majikan yang pernah saya berkhidmat sejak mula bekerja dari tahun 1996. (Tolong jangan mula mencongak umur saya)
Secara tidak rasmi, saya telah bekerja dengan dua belas majikan.  Ya, anda tidak tersalah baca, atau saya tersilap tulis.
Mari lihat senarai di bawah.
1.      Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris – Guru Sandaran
2.      NR Talang Enterprise (Shell) – Juruwang merangkap atendan pam (hijau ka..kuning ka..) lol
3.      Solartech – Kerani Operasi
4.      Merge Housing Berhad – Kerani Pemasaran, Eksekutif Muda (Junior) Pentadbiran (geli pula hendak menulis nama jawatan sebegini-Eksekutif Muda??) Lantaklah.
5.      Lorenzo – Kerani Operasi
6.      Timely Vives – Perunding Kewangan (Saya? Perunding Kewangan? Kedengaran tidak logic dan sukar dipercayai, bukan?) hahaha
7.      PFH Management Services Sdn. Bhd. – Kerani Pentadbiran
8.      HeiTech Padu Berhad – Eksekutif Pembangunan Perniagaan
9.      PFH Management Services Sdn. Bhd. – Lagi.  Tetapi, kali ini lebih gah gitu :p Pengurus Kanan Operasi (Hanya indah pada nama) hohoho
10.  Zulsha Enterprise – Super-beza (Terima kasih, Andah..! Peace y’all..hehehe
11.  Terra Diagnostics – Eksekutif Pembangunan Perniagaan juga
12.  Stanley Black & Decker – Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
Nah, berjela bukan?  Oh, saya tidak akan mengulas tentang kerjaya dan syarikat itu satu-persatu.  Tidak mungkin.  Mungkin anda akan muntah membacanya.
Lagipun, ini bukan resume.  Betul?

Sekianlah.


Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress