Kembali (Oh, yeahhhh!)
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat semua.
Saya sudah kembali.
Ya, setelah sekian lama meninggalkan ruangan ini kerana pelbagai
kekangan.
Definasi ‘kembali’ juga ditafsirkan dalam pelbagai bentuk:
1.
Kembali menjengah (laman ini)
2.
Kembali bertugas (setelah hampir 5 bulan menjadi
penanam anggur tak Berjaya-sebab tidak menanam pun)
3.
Kembali menjalani kehidupan berdikari-yang
selama ini juga tetap berdikari (tidak mahu mengulas lanjut)
4.
Kembali bertenaga (kerana selama ini tidak
menjumpai minuman pencetus tenaga yang sesuai!) Ini tidak benar. Langsung.
5.
Kembali gemuk!
Ini memang tidak di idamkan sama sekali.
Penanda aras-ukur lilit pinggang sendiri-apabila celana semakin ketat
dan tidak perlu bertali pinggang. Oh
tidak!!!
6.
Kembali ke dapur. Ini bermaksud, bukan selama ini saya tidak
menjengah dapur, tetapi lebih kerap kerana beberapa faktor:
a.
Ayah tidak sihat kebelakangan ini, maka Emak
tidak betah di dapur
b.
Anak-anak perlu di isi perutnya dengan lebih
kerap. Bayangkan si bongsu Israq boleh
manjamah nasi lemak by Siti Fairuz (ahah, glamor bukan namanya?) berharga RM1, sekali tiga bungkus! Ya, benar.
c.
Kuih siput resepi teragung Emak sudah mula
mendapat tempat di hati pembeli dan saya tidak boleh berhenti ‘menggentel’. Syukur.
Enam sahaja? Itu
sahaja yang mampu saya fikirkan.
Nanti, saya akan senaraikan pula peristiwa yang berlaku
sepanjang saya menyepi itu. Satu
persatu.
Sekian, hingga ketemu lagi.
Comments
Post a Comment