Asmara Ini (Bukaan Fail Kes)
Tidak mahu
terlalu formal kerana mungkin ia akan merosakkan jalan ceritanya. Juga, nama dan sesetengah situasi harus
dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Saya mula
mengenal erti sayang kepada selain Pencipta, Emak, Ayah dan Adik, serta
saudara-mara ketika berusia 19 tahun.
Mungkin ada yang beranggapan ianya agak lewat-tetapi itulah yang saya
lalui.
Saya telah
di usha oleh seorang senior di
sekolah ketika masih di Tahun Satu tetapi ia pastilah tidak dibalas kerana
apalah yang difahami oleh seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ketika itu
tentang kasih-sayang. Itu cinta anak
monyet namanya kerana masih terlalu hijau. Hahahaha..
(Kenapa saya
masih ingat memori itu? Allah kurniakan
saya dengan ingatan yang baik barangkali) :p
Kali kedua,
ketika di Tingkatan Satu, juga oleh senior Tingkatan Tiga. Kasihan rakan sekelas lelaki yang di utus
untuk berkirim salam dan pesan kepada saya itu.
Mana tidak, saya berkawan baik dengan Hana-seorang yang tegas dan
garang. (Harap-harap Hana masih ingat
kejadian ini..hahaha) Dialah sebenarnya
yang menjawab semua soalan dan mengarahkan kawan sekelas itu menyampaikan
bahawa saya hanya akan berkawan jika dia mendapat keputusan yang cemerlang
dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) ketika itu.
Memang taklah…confirmed tidak
akan berbalas kalau pembantu di sebelah garang macam singa!
Maka,
berterusanlah saya ‘kekal tiada kekasih’ sehingga tamat sekolah menengah. Maklumlah, saya bukan seorang yang sangat
menarik, tertarik, da bomm. Juga bukan
seorang yang teramat cemerlang dalam pelajaran untuk dikenali ramai.
Hakikatnya,
saya sudah ada peminat rahsia sewaktu di Tingkatan Dua.
Kisahnya
bermula begini.
Ia bermula
apabila saya dan rakan-rakan sedang menyaksikan perlawanan ragbi di padang
sekolah kami. Ragbi merupakan sukan yang
amat popular di sekolah kami memandangkan kami mempunyai pemain yang amat bagus
dan jurulatih yang terlalu bagus. Kalau
diterjemah dalam bahasa anak muda sekarang-siapa yang berjaya diserap sebagai
pemain ragbi, kiranya abang sado lah
tu. Cukup hebatlah. Secret
admirer pun ramai. Awek juga
seharusnya ada. Serta ramai kakak-kakak
senior yang berebut-rebut ingin menjadikan mereka sebagai pet brother/ adik angkat.
Juga mereka boleh petik jari sahaja untuk memilih pet sister yang mereka sukai.
Kedengaran hebat, bukan?
P.s :
Err..di mana watak saya tadi?
Baiklah. Cukup cerita tentang ragbi dan pemainnya. Oh, tidak.
Masih berkisar tentang pemainnya lagi.
Di
perlawanan ragbi tersebut, saya dan rakan baik sedang berada di tepi padang
kerana kami ‘diwajibkan’ (di ulang: diwajibkan-berdosa kalau ingkar) untuk
turun ke padang menyaksikan perlawanan ragbi tersebut. Tambahan pula, jurulatih ragbi sekolah kami
merupakan guru Bahasa Melayu kami dan kami ditugaskan untuk membuat karangan
rumusan berkenaan perlawanan tersebut.
(Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Razak Shamsudin). Begitu passionate
sekali Cikgu Razak mengajar kami seperti lagaknya mahu kami semua menjadi
pengulas sukan sebagai kerjaya suatu hari nanti.
Dipanjangkan
lagi cerita. (Hahahah..padan muka, kena
baca lagi sepanjang sepuluh hari, tahu).
Semasa perlawanan
berlangsung, saya dan rakan baik berdiri di tepi padang. Tidak duduk kerana kami bukan ikhlas pun mahu
menonton perlawanan itu-hanya takut berdosa kerana ia wajib. Hahaha.
Secara tidak
semena-mena, bola ragbi yang disepak oleh entah sesiapa, pemain pasukan mana, ketika itu melantun
tinggi dan menjunam jatuh ke arah di mana kami sedang berdiri.
Maka bertempiaranlah
mereka yang ada di situ melarikan diri. Tetapi
tidak saya. Saya hanya tergamam dan
melihat bola itu jatuh mengenai kepala saya!
Setelah itu,
saya hanya terdiam dan berdiri kaku di situ.
Datang seorang Abang Sado mengambil bola tersebut dan tersengih ke arah saya. Bukan senyum manis. Tersengih. Seolah berkata: “Padan muka kau!”
Oh! Pilunya. Sakit? Memang sakit. Rakan yang menegur bahawa hidung saya sudah
berdarah ketika itu, lalu mengajak saya pulang ke asrama.
Syukurlah. Hentakan itu tidak mendatangkan kemudaratan
kepada saya. Hanya berdarah di hidung.
Di situlah
sebenarnya bermula kisah kami. Di mana
saya tidak sedikitpun menyedarinya.
Saya melalui
zaman remaja dengan aman damai, seperti yang Emak dan Ayah inginkan. Bersekolah dengan selamat, belajar dengan
tenang dan mendapat keputusan yang baik.
Tanpa saya
sedari ada yang menanggung bebanan perasaan di luar sana. (Chewahhhh..)
Sambung nanti.
Comments
Post a Comment