Asmara Ini - Sebutan Kes (1)
Hari-hari
sebagai seorang pelajar sekolah menengah saya lalui dengan tenang dan
riang. Walaupun bukan seorang pelajar
yang menonjol dari segi pelajaran dan ko-kurikulum, saya gembira bersekolah di
situ. Bersama kawan-kawan sekepala,
sebulu-menjadikan hidup saya lebih bermakna.
Sebagai anak
remaja yang sedang meningkat naik, pelbagai aktiviti kami lakukan dan telah di
cuba untuk menghilangkan kekangan kebosanan hidup di asrama. Sebut sahaja pelbagai jenis kenakalan yang
biasa di lakukan oleh remaja seperti kami seperti escape prep, keluar awal dari prep, tak turun solat tarawikh, escape bacaan Yassin, escape
perhimpunan, lambat masuk kelas, keluar awal kelas, ponteng kelas, tidur waktu
prep, seludup masuk Walkman, bawa
seluar jeans, seludup masuk majalah
hiburan, berpura-pura sakit mata untuk mendapat MC seminggu, pura-pura sakit
dan tidur di bilik sakit, err..fly malam-malam
saya tak buat, dan lain-lain lagi. (Mak ai, banyak tu). Itu belum dikira lagi dengan membuli adik-adik
junior. Oh, banyaknya dosaku. Anak-anak Ibu, tolong jangan ikut perlakuan
begitu ya. Atau lebih tepat lagi-Ibu tak
akan benarkan kamu tinggal di asrama. Heheheh.
Habis cerita
kenakalan saya di sekolah dan berbalik kepada Si Dia yang menanggung bebanan
perasaan. Si Dia ialah abang sado yang tersengih mengutip bola
ragbi yang jatuh ke atas kepala saya, dalam episod lepas.
Si Dia
mencari saya dengan payah. Tiada sedikit
pun maklumat tentang saya diperolehinya sepanjang tempoh tersebut. Malah, tiada siapa pun yang akan ingat atau tahu
peristiwa yang berlaku kepada saya ketika itu, melainkan kawan-kawan rapat
saya. Namun, Si Dia tetap gigih mencari
dan membeli majalah sekolah saya saban tahun sejak hari itu.
Tahun
pertama Si Dia beranggapan saya di Tingkatan Tiga dan seterusnya sehinggalah
beranggapan bahawa saya telah keluar dari sekolah itu semasa Tingkatan
Empat. (Hanya pelajar Tingkatan Lima
sahaja yang akan diletakkan maklumat dan gambar di dalam majalah sekolah). Berhenti membeli majalah sehinggalah
sepupunya yang kebetulan masuk ke sekolah saya itu membawa balik majalah
sekolah dan dia tidak dapat meninggalkan tabiat membelek ruangan yang
menempatkan gambar dan alamat pelajar-pelajar tahun akhir.
Di situlah
Si Dia menemui ‘saya’ dan kisah kami kembali dilakar.
Larat lagi
tak nak baca? Kalau tak larat, nanti
sambung lagi.
Okay, memandangkan
tiada yang bersuara, kita sambung.
Hahaha..
Ketika Si
Dia pertama kali mengutuskan surat kepada saya di alamat yang diperolehi dari
dalam majalah sekolah adalah ketika saya sedang menunggu tawaran kemasukan ke
universiti dan sedang bekerja sebagai Guru Sandaran di pekan kelahiran
saya. Agak bijak strateginya ketika itu -
menggunakan sampul surat berlogo sebuah universiti dengan harapan memang saya
yang pertama akan meluru ke peti surat dan membuka sendiri surat tersebut. Memandangkan ketika itu memang saya sedang
menunggu tawaran melanjutkan pelajaran dan memang sangat menantikan sampul
sebegitu, tidak berfikir panjang untuk membukanya-dan saya tidak menyedari yang
ia adalah sampul surat yang telah digunakan!
Saya masih
ingat lagi ayat-ayat pertama yang ditulis di dalam surat tersebut. Saya masih menyimpan surat itu di dalam
diari-Si Buku Hijau jika tidak berlaku musibah kebakaran yang lepas.
Assalamualaikum.
Saudari Rafizah,
Ini memang bukan surat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke U*M, tetapi ini adalah surat untuk menyatakan tawaran
daripada diri saya untuk menjadi sahabat pena anda.
Sila balas ke alamat seperti tertera jika
saudari sudi.
Yang ikhlas,
Mr. XX
(Nampak. Sahabat
pena, tahu? Tiada kemudahan internet di
zaman saya ketika itu)
Ringkas dan
cukup padat. Tidak perlu ayat
berbunga-bunga. (Kerana jika dikarang
dengan melancholic, takut saya tendang
terus ke dalam tong sampah!) Hahaha.
Saya menjadi
bingung apabila membaca warkah tersebut.
Keliru kerana sememangnya Si Dia bukanlah seseorang yang saya
kenali. Dari mana Si Dia mendapat tahu
nama dan alamat saya-sudah boleh dijangka dari awal. Cuma, saya berasa agak teruja untuk
mengetahui siapa gerangan Si Dia. Juga perasaan
takut bercampur-aduk kerana takut Si Dia tidak seperti yang digambarkan (saya
menggambarkan Si Dia seorang yang kurus, rendah, berkulit gelap, berkaca mata
tebal, dan lain-lain kemungkinan). Juga takut
perkara ini diketahui Emak dan Ayah!
Persoalannya. Siapa Si Dia sebenarnya?
Akan bersambung.
Comments
Post a Comment