Israq Kesayangan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Mengenangkan anak bujang saya nan seorang ini, membuatkan saya tersenyum sendiri.

Israq sudah berusia 3 tahun, tetapi pertuturannya agak pelat berbanding kakaknya Si Haya yang tidak ketara ke-pelatan-nya sewaktu seusia dengannya.

Ini adalah perkataan-perkataannya yang mencuit hati:

1. abah-abah - labah-labah
2. jentoyak - jentolak
3. umbor-umbor - semburan nyamuk berjenama "Rid***t
4. otoi adik dah ecah..-botol adik dah pecah..
5. ali alitor - alligator
6. apang-senapang
7. itoy - pistol

Nampak tak?  Kalau Si Haya dulu, perkataannya semua bersifat keperempuanan.  Lihat Si Israq.  Penuh keganasan.


Comments

Popular posts from this blog

Hello 2017!

Langkah Keberanian

Cik Siti Jinbara (Maaf, saya tukarkan ia)