Mencipta Bahagia, Mungkir Bahagia
Hingga ke saat ini, saya masih tidak dapat menaakul apa erti bahagia. Kebahagiaan mungkin boleh dilihat dari mata kasar oleh sesiapa sahaja kerana ia jelas terpancar di wajah dan ditafsirkan melalui gesture atau gerak tubuh seseorang. Tapi, bagaimana pula dengan individu yang mahir ‘menyembunyikan’ kedukaannya? Adakah ia kelihatan palsu bila digambarkan diwajah? Bagaimana untuk mentafsir kepalsuan tersebut? (apa lain macam je topik kali ni, ha..?) :p Bahagia seorang Ibu ialah apabila melihat anak-anaknya gembira. Bahagia seorang Ayah ialah apabila melihat keluarganya aman damai dan sempurna. Bahagia seorang isteri ialah apabila disayangi dan dicintai si suami dengan sepenuh jiwa dan raga serta dilimpahi dengan kesenangan dunia. Bahagia seorang suami ialah didampingi oleh si isteri yang memahami dan menyenangkan hati. (atau mungkin bila mendapat keizinan untuk ‘menambah cawangan’ hahaha) Bahagia seorang anak ialah berada dalam sebuah keluarga yan...