Asmara Ini (Sebutan Kes 2)
Bergetar tangan saya memegang pen untuk membalas ‘perutusan’
Si Dia. Kebiasaan jemari saya yang menulis
berlandaskan gerak hati juga seolah-olah tidak memberi kerjasama yang
sepatutnya. Apatah lagi minda saya yang
terasa beku dan buntu untuk malakar perkataan yang sesuai bagi menyatakan
hasrat saya ketika itu.
Hampir dua minggu surat itu terlipat dalam lembaran Si Buku
Hijau, dan hampir setiap malam juga saya curi-curi membacanya.
Dalam keinginan untuk mengetahui gerangan Si Dia, saya
telahpun membuat keputusan untuk menolak pelawaan tersebut kerana beberapa
faktor:
1.
Saya takut dimarahi Emak jika perkara ini
diketahui olehnya,
2.
Saya khuatir Si Dia bukan seperti yang saya
gambarkan-saya bayangkan dia seorang nerd
dan tidak kacak langsung. Dan tidak
romantik berdasarkan ayat-ayat skema di dalam surat yang dikirim kepada saya!
Hehehe
3.
Saya masih belum bersedia untuk berpacaran
(agaknya).
4.
Saya menganggarkan Adik tentunya akan mengutuk
saya habis-habisan kerana mengandaikan saya tidak layak mempunyai kekasih (saya
kasar dan tidak berperikemanusiaan). Hahaha
Dalam berkira-kira untuk membalas surat tersebut, akhirnya
saya menulis begini:
Assalamualaikum w.b.t
Saudara XX yang dihormati,
Surat saudara telah selamat saya terima dan terima kasih di
atas perhatian saudara kepada saya.
Dengan sukacitanya, saya terima pelawaan saudara untuk
menjadi sahabat pena saya.
Sekian.
Lihat. Keputusan yang
dibuat akal tidak selari dengan hati. (Apa laaa..)
Hari-hari yang berikutnya terasa amat menyeksakan. Menunggu tawaran ke universiti dan balasan
surat sahabat lelaki pertama dalam hidup saya. (Selain Bang Cik Mahzan, Abang E
– sepupu-sepupu yang selalu menjadi sahabat bergaduh saya).
Surat kedua datang ketika saya mengajar di sekolah rendah di
pekan kecil kelahiran saya. Kali ini,
kedengaran lagi mengujakan (sebenarnya lebih menyeramkan) kerana Si Dia mahu
bersemuka dengan saya! Wah, tinggi benar
keberaniannya! Terasa rendah diri pula melanda hati saya.
Pelawaan itu saya
letakkan di dalam tray KIV dengan
jayanya.
Surat ketiga datang ketika saya sedang sibuk menguruskan
kemasukan ke IPTA dan saya hanya membalas ketika sedang berada di pertengahan
semester satu pengajian. Yay, gembira
kerana tidak perlu sorok-sorok ketakutan sambil membaca surat lagi..! (tetapi
tetap membaca sebelum tidur-selepas semua rakan sebilik tidur..) hahahaha
Masih mahu meneruskan hasratnya untuk bertemu, saya
rancangkan sesuatu yang jika difikirkan, saya pasti tidak akan mahu melakukannya.
Saya telah setuju untuk menyertai Latihan Insentif Bakal
Komander di universiti-sesuatu yang hampir mustahil untuk saya lakukan. Satu latihan yang membolehkan seorang yang
menyertai pasukan beruniform di universiti menjadi satu tahap lebih tinggi
daripada ahli yang lain.
Menjadi seorang Komander Kesatria di universiti ketika itu
adalah sesuatu yang ‘wow’ dan dipandang tinggi oleh orang lain (berbanding
PALAPES yang jauh lebih ‘wwwooooowwwwww) hehehe. Memang sesuatu yang tidak mungkin saya
lakukan kerana saya bukanlah seorang yang gilakan jawatan, mahupun seorang yang
mahukan perhatian lebih dari orang lain.
Saya menyertainya kerana dua perkara-pertama, pastilah kerana Si Dia
berada di negeri di mana latihan insentif itu akan dilakukan dan saya ingin
melawat sahabat baik saya yang juga berada di tempat yang sama.
Perutusan menerusi ‘burung merpati’ saya titipkan dan
balasan perutusan saya juga di sampaikan dengan jelas dan pantas menggunakan
‘satria berkuda’ lengkap dengan pengiring lengkap bersenjata (adoi..imaginasi
tinggi melangit-maklumlah, hati sedang berbunga riang..hahaha).
Sekian dulu kali ini.
Saya akan ceritakan apa yang terjadi semasa latihan dalam entri yang
akan datang!
Ketemu lagi!
Comments
Post a Comment