Mencipta Bahagia, Mungkir Bahagia



Hingga ke saat ini, saya masih tidak dapat menaakul apa erti bahagia.
Kebahagiaan mungkin boleh dilihat dari mata kasar oleh sesiapa sahaja kerana ia jelas terpancar di wajah dan ditafsirkan melalui gesture atau gerak tubuh seseorang.

Tapi, bagaimana pula dengan individu yang mahir ‘menyembunyikan’ kedukaannya?
Adakah ia kelihatan palsu bila digambarkan diwajah?  Bagaimana untuk mentafsir kepalsuan tersebut?

(apa lain macam je topik kali ni, ha..?) :p

Bahagia seorang Ibu ialah apabila melihat anak-anaknya gembira.

Bahagia seorang Ayah ialah apabila melihat keluarganya aman damai dan sempurna.

Bahagia seorang isteri ialah apabila disayangi dan dicintai si suami dengan sepenuh jiwa dan raga serta dilimpahi dengan kesenangan dunia.

Bahagia seorang suami ialah didampingi oleh si isteri yang memahami dan menyenangkan hati. (atau mungkin bila mendapat keizinan untuk ‘menambah cawangan’ hahaha)

Bahagia seorang anak ialah berada dalam sebuah keluarga yang sempurna dari segenap segi.

Bahagia seorang pekerja ialah…err..(hampir tidak kelihatan di mana ‘bahagia’nya seorang pekerja). :p  Mungkin bergantung kepada jenis pekerjaan yang dilakukan, mungkin juga dengan bayaran yang melimpah-ruah, mungkin juga dengan kehadiran majikan yang amat mulia dan baik hati.  Mungkin juga dengan beban kerja yang sedikit tetapi dibayar melebihi yang sepatutnya.  Contohnya, tugas sebagai seorang kerani, tetapi bayaran bulanannya ialah RM16k.  Bahagia?  Mestilah..hahahaha

Baiklah.  Nampaknya, saya sudah faham apa itu erti bahagia.  Hahahahahah..

Kelihatan seperti saya lagi tidak faham kenapa saya menulis entri ini.

Sekian dimaklumkan.



Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Langkah Keberanian