Galau
Sesiapa yang tahu akan kisah hidup saya, pasti akan membuat
banyak spekulasi dan mengadili berdasarkan informasi yang mereka ada mengenai
situasi yang saya hadapi sekarang.
Saya sedar bahawa keputusan yang saya ambil ini berisiko
tinggi dan tidak disukai oleh kebanyakan pihak yang mengenali dan terlibat
secara langsung atau tidak dengan kehidupan saya.
Saya juga sedia maklum bahawa saya telah di ingatkan beribu
kali oleh individu-individu terdekat tentang perkara ini dan saya masih tegar
dengan keputusan yang telahpun saya buat kebelakangan ini.
Saya tidak dapat
memuaskan hati semua pihak.
Saya juga tidak dapat
menghalang sebarang tanggapan dan pandangan orang lain terhadap saya.
Saya hanya berfikir
untuk kebaikan beberapa pihak yang sangat saya sayangi.
Biarlah saya yang
menjadi lilinnya.
Biarlah saya juga
yang menjadi angin yang meniup api lilin itu.
Saya juga berhak
untuk menentukan arah tuju hidup saya.
Saya juga berhak
untuk diberi ganjaran dalam kehidupan.
Saya juga rela dihukum jika melakukan kesalahan.
Tiada apa yang
sempurna kecuali Allah s.w.t.
Siapa saya untuk
menidakkan segala perancangan-Nya. Siapa
saya untuk menafikan hak-Nya ke atas diri saya.
Siapa saya untuk menyangkal kekuasaan-Nya.
Ingatan saya kepada
diri sendiri-berpijaklah di bumi yang nyata.
Buatlah apa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Mengadulah kepada-Nya. Berhajatlah ke atas rahmat-Nya. Bersabarlah di atas segala ujian-Nya. Bersangka baiklah yang Dia sedang
mengingatkan saya, bukan menghukum saya.
Bersabarlah dengan setiap dugaan.
Kesabaran itu pasti akan dibalas oleh-Nya dengan kemanisan yang
terindah.
Tidak perlu
melenting. Tidak usah bermusuh dan
berdendam dengan sesiapa.
Kita hidup tidak
lama. Entah esok, entah lusa-tidak lewat
walau sesaat, kita akan dijemput menghadap-Nya.
Manfaatkan setiap
saat hidup kita untuk menghambakan diri kepada-Nya. Bersihkan hati kita sebelum kembali
kepada-Nya. Usah leka dengan kehendak
dunia yang sementara. Berbuat baiklah
kepada setiap makhluk walaupun kita diluka.
Bermuhasabahlah seandai hati di sapa kejahatan.
Ingatlah, ganjaran
Allah itu pasti. Janji Allah itu
pasti.
Yakin dan percaya
akan rukun-rukun-Nya.
Comments
Post a Comment