Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Anak-anak ibu, juga sudah menginjak satu tahun umurnya. Bersekolah seperti biasa. Semakin panjang akalnya. Seperti biasa, azam baru tidak akan saya perbaharui ketika ini (hahaha) kerana saya berazam hampir setiap hari. Azam-azam saya kecil sahaja. Seperti mahu menyiapkan dokumen sebutharga dengan sepantas mungkin. Baiklah. Harus berundur sekarang kerana saya ingin memenuhi tuntutan azam saya sekarang! Mahu di hantar sebelum 10hb. Januari. Hingga ketemu lagi. Salam hormat.
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Cuaca tidak menyebelahi saya nampaknya. Demam, batuk dan selsema setelah enam hari berkampung di hutan. Kini baru ada semangat untuk bekerja. (Eh?) Hahaha. Nampaknya, bulan Mac dan April merupakan bulan yang amat sibuk untuk saya. Banyak tugasan hakiki yang harus diselesaikan. Begitu juga dengan tugas-tugas baharu yang harus di titik beratkan. Anak-anak juga turut sibuk dengan sukan, aktiviti sekolah, membuat sibuk di kem Pak Teh dan sebagainya. Selama enam hari saya menyiapkan diri untuk langkah yang seterusnya dalam bidang keusahawanan. Tidak merancang pun untuk bergelar usahawan kerana perasaan yang tidak begitu yakin akan kemampuan diri. Maka, berkampunglah saya selama enam hari bagi menggali kelebihan dan kekurangan diri. Rupa-rupanya, saya memiliki ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya membayar zakat sebanyak RM250k setahun itu! Sungguh. Mereka kata saya berpotensi. Harus...
Assalamualaikum dan salam hormat. Adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati apabila diejek dengan panggilan yang tidak enak berdasarkan kelebihan atau kekurangan yang kita miliki. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan fizikal di mana ia akan amat jelas dan senang kelihatan oleh mata kasar. Mungkin sudah adat manusia yang amat tertarik untuk melihat kekurangan selain kelebihan setiap perkara, lantas menjadikan ia satu bahan hiburan tanpa menyedari kesan dari perbuatan tersebut kepada individu yang terlibat. Saya tertarik dengan isu kepada satu drama bersiri tempatan ketika ini iaitu 'Halimah Jongang - The Series' yang disiarkan di saluran televisyen berbayar negara. Tajuknya amat ketara menunjukkan apakah plot drama yang akan disajikan kepada penonton yang berminat menonton siri tersebut. Saya rasa ini bukanlah kali pertama dalam arena filem atau drama di negara kita memaparkan realiti kehidupan golongan yang istimewa seperti itu. Dan bukan kali pertama juga...
Comments
Post a Comment