Hidup Ini Umpama Sebuah Kuliah Universiti
Anak dara saya Haya akan berusia 5
tahun pada tahun ini. Semakin hari
semakin bijak dan sudah terlihat kecenderungannya sekarang. Seawal usia itu dia sudah saya hantar ke
pra-sekolah di kampung.
Anak manja saya, Israq bakal
menginjak umur 4 tahun tidak terlalu lama lagi.
Mulutnya petah berkata-kata walau masih kedengaran pelat di
sana-sini. Sudah di hantar ke sekolah
Tabika oleh Atuk walau sudah jua di suruh balik oleh Cikgu Girl nya kerana masih terlalu awal usianya untuk ke sekolah.
Terasa amat bahagia melihat anak-anak
membesar di hadapan mata.
Jika dulu, saya pasti tidak menang
tangan menguruskan anak-anak yang sedang meningkat usia ini, memandangkan tiada
kehadiran Daddy-nya bersama. Namun kini,
semua itu sudah terisi sejak Daddy pulang.
Rupa-rupanya, masih banyak kelemahan
dalam mendidik anak-anak yang masih perlu saya perbaiki. Amat berbeza pendekatan yang cuba saya
terapkan berbanding cara Suami mendidik anak-anak mengikut cara dia membesar
serta cara dia mendidik anak-anak buahnya selama ini.
Suami saya berkahwin pada usia beliau
35 tahun. Agak lewat.
Bila di aju soalan kepadanya kenapa
lewat berkahwin, alasannya ialah lambat bertemu saya! Jawapan klise.
Tetapi, sebenarnya dia mahu semua
adik-adiknya habis berkahwin terlebih dahulu memandangkan arwah bapa mertua
sudah terlebih dahulu pergi menemui Pencipta.
Saya mengasuh anak-anak berdasarkan
acuan yang disediakan oleh kedua ibu ayah saya.
Mereka mendidik anak-anak cucunya yang seramai dua puluh orang tolak
lapan belas orang itu seperti cara mereka membesarkan saya dan arwah Adik.
Penuh dengan disiplin dan sangat
dijaga setiap tindak-tanduk. Dijaga
dengan bukan setakat dua mata-mungkin lapan belas mata yang di arah untuk
menjaga mereka!
Ilmu dunia-wajib di ajar di usia
mentah.
Ilmu akhirat-juga wajib di terap di
usia rebung.
Beradab sopan sepanjang masa.
Setiap hari penuh disiplin, mengikut
masa tidak pernah culas.
Setiap inci kulit dijaga agar tidak
calar walau setengah inci pun.
Alat permainan kami-pensel dan
kertas.
Pakaian kami tidak pernah comot,
bersih dan siap di seterika.
Siapa kawan kami, di pantau ketat.
Ke mana kami pergi, di kawal rapi.
Di sekolah mana kami patut belajar,
seawalnya di pasak ke dalam kotak hati.
Itu cara saya dan arwah Adik di asuh.
(Seperti kedengaran saya tidak
berpuas hati dengan cara kami di didik, bukan?) Hahahahaha
Ini pula cara Suami mendidik
anak-anak:
Anak-anak di asuh untuk tidak menjadi
terlalu pembersih-biar sahaja mereka meneroka alam sekeliling asalkan tidak
membahayakan diri mereka.
Ilmu akhirat-cukuplah buat masa ini
mengikut gerak-geri Ibu dah Ayah bersolat.
Mereka akan di ajar juga nanti bila sudah tiba masanya.
Beradab sopan dengan orang tua. Tidak perlu setiap geri seperti perempuan
Melayu terakhir sekarang kerana lambat-laun mereka akan mengikut juga
gerak-geri Ibunya..(bluueeekk..ni memang ayat ‘mengayat’ Daddy) hahahahah
Tidak perlu terlalu berdisiplin. Cukuplah dengan norma dan kebiasaan mereka
sahaja seperti mandi kena bersabun dan berus gigi-tidak perlu kena tepat jam 6
pagi dan 5 petang seperti di asrama.
Biarkan anak-anak meneroka hutan
belukar, biarkan digigit nyamuk, biarkan calar di kaki-kelak akan sembuh
jua. Mereka bukan anak puteri bunian
atau anak raja untuk dijaga setiap inci kulitnya.
Alat permainan mereka pasir dan
tanah, kayu dan dedaun, air sungai dan laut, katak dan belalang-tidak perlu gajet
yang canggih untuk memberikan mereka sedikit ilmu tentang dunia.
Biarkan pakaian comot, bukan Ibu yang
menyental pakai tangan, mesin basuh yang bekerja keras..hahahaha
Siapa kawan kami, di perhatikan dari
jauh-akan dinasihati kemudian.
Ke mana kami pergi, juga di
perhatikan dari jauh-juga akan dinasihati kemudian.
Di sekolah mana kami patut belajar, terpulang
kepada kemampuan mereka.
Suami lebih tidak menekan apabila
mendidik anak-anak. Dia tidak memarahi
anak-anak sesuka hati, setiap masa, setiap kesalahan yang mereka lakukan.
Dia hanya akan memerhati dan ketawa
bila mereka membuat kesilapan.
Diperbetulkan apabila sudah berkali-kali melakukan kesilapan.
Ini dilakukan apabila Suami melihat
kecenderungan anak-anak saya.
Memandangkan anak-anak saya jenis yang cepat belajar dari pemerhatian,
maka tidak perlu bercakap banyak. Hanya
tunjukkan sekali dan mereka akan mengikut kemudian. Dalam setiap perkara.
Saya sebagai seorang ibu, hanya
memerhati dan membetulkan apa yang sepatutnya dibetulkan. Suami mahu anak-anak membesar menjadi seorang
yang lasak dan bukan seperti Ibu yang dikawal serba-serbi. Diprogramkan seperti robot-katanya..hahahaha..
Sekurang-kurangnya, Ibu menjadi orang
juga kini.
Comments
Post a Comment