Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Oh, saya sangat suka kepada gambar ikan ini! (tiba-tiba....) Ikan-ikan ini adalah hasil tangkapan di kolam ikan di chalet keluarga ( D'Kok Eco Camp ) di kampung. lihatlah siripnya yang masih merah itu. sangat segar bukan? Cuba anda teka, berapa besarkah ikan tersebut? ya, ikan yang kedua dari kanan itu (saya terlupa namanya ;P ) adalah lebih kurang sebesar lengan saya (lengan saya besar, tahu? ). memang boleh dijangka ia akan membesar sebegitu rupa kerana saiz kolam yang menjadi habitatnya juga bersaiz sebuah padang bola-menjadikan ikan-ikan tersebut hidup dengan riang dan gembira, lantas membesar dengan sihat. (seperti saya) Bagi penggemar ikan air tawar (sama ada pemancing atau pemakan ikan), anda dipelawa untuk datang menimba pengalaman memancing, menjala, berkayak dan berenang di kolam tersebut. Tidak percaya akan berita canangan saya? lihatlah gambar di sebelah.. ini ialah En. Zul @ Andah. sebenarnya, Andah masih tidak puas hati kerana
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Anak-anak ibu, juga sudah menginjak satu tahun umurnya. Bersekolah seperti biasa. Semakin panjang akalnya. Seperti biasa, azam baru tidak akan saya perbaharui ketika ini (hahaha) kerana saya berazam hampir setiap hari. Azam-azam saya kecil sahaja. Seperti mahu menyiapkan dokumen sebutharga dengan sepantas mungkin. Baiklah. Harus berundur sekarang kerana saya ingin memenuhi tuntutan azam saya sekarang! Mahu di hantar sebelum 10hb. Januari. Hingga ketemu lagi. Salam hormat.
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Sedikit perkongsian dalam bacaan untuk saya kongsikan tentang pokok pine cypress . "Menurut para saintis berkenaan kaum Hunza yang tinggal di kawasan pergunungan yang dikelilingi oleh pohon tersebut. Lembah Hunza adalah sebuah kawasan yang terpencil di dunia. Penduduknya pula mempunyai purata hidup terpanjang di antara seratus hingga seratus empat puluh tahun. Di khabarkan bahawa kaum Hunza ini mendapat sumber air utama dari telaga dan juga mata air glasier. Secara langsung, akar, daun, buah dan getah dari pokok pine cypress tersebut menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka tersebut-menjadikan ia sebati dengan sumber air tersebut. Maka itulah, dikhabarkan juga ia antara rahsia usia panjang kaum Hunza tersebut. Wallahu 'alam. Terfikir juga saya akan kesihatan orang-orang terdahulu. Mereka minum dari air yang diperolehi dari perigi. Ditapis secara semulajadi oleh akar pokok dan tanah. Berbanding
Comments
Post a Comment