Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Sedikit perkongsian dalam bacaan untuk saya kongsikan tentang pokok pine cypress . "Menurut para saintis berkenaan kaum Hunza yang tinggal di kawasan pergunungan yang dikelilingi oleh pohon tersebut. Lembah Hunza adalah sebuah kawasan yang terpencil di dunia. Penduduknya pula mempunyai purata hidup terpanjang di antara seratus hingga seratus empat puluh tahun. Di khabarkan bahawa kaum Hunza ini mendapat sumber air utama dari telaga dan juga mata air glasier. Secara langsung, akar, daun, buah dan getah dari pokok pine cypress tersebut menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka tersebut-menjadikan ia sebati dengan sumber air tersebut. Maka itulah, dikhabarkan juga ia antara rahsia usia panjang kaum Hunza tersebut. Wallahu 'alam. Terfikir juga saya akan kesihatan orang-orang terdahulu. Mereka minum dari air yang diperolehi dari perigi. Ditapis secara semulajadi oleh akar pokok dan...
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua. Anak-anak ibu, juga sudah menginjak satu tahun umurnya. Bersekolah seperti biasa. Semakin panjang akalnya. Seperti biasa, azam baru tidak akan saya perbaharui ketika ini (hahaha) kerana saya berazam hampir setiap hari. Azam-azam saya kecil sahaja. Seperti mahu menyiapkan dokumen sebutharga dengan sepantas mungkin. Baiklah. Harus berundur sekarang kerana saya ingin memenuhi tuntutan azam saya sekarang! Mahu di hantar sebelum 10hb. Januari. Hingga ketemu lagi. Salam hormat.
Assalamualaikum dan salam hormat. Adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati apabila diejek dengan panggilan yang tidak enak berdasarkan kelebihan atau kekurangan yang kita miliki. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan fizikal di mana ia akan amat jelas dan senang kelihatan oleh mata kasar. Mungkin sudah adat manusia yang amat tertarik untuk melihat kekurangan selain kelebihan setiap perkara, lantas menjadikan ia satu bahan hiburan tanpa menyedari kesan dari perbuatan tersebut kepada individu yang terlibat. Saya tertarik dengan isu kepada satu drama bersiri tempatan ketika ini iaitu 'Halimah Jongang - The Series' yang disiarkan di saluran televisyen berbayar negara. Tajuknya amat ketara menunjukkan apakah plot drama yang akan disajikan kepada penonton yang berminat menonton siri tersebut. Saya rasa ini bukanlah kali pertama dalam arena filem atau drama di negara kita memaparkan realiti kehidupan golongan yang istimewa seperti itu. Dan bukan kali pertama juga...
Comments
Post a Comment