Febuari Bulan Kasih Sayang-Kata Mereka

Assalamualaikum w.b.t dan salam Muhibbah. (Eh, tukar? Hahaha)

Rasanya baru semalam saya melompat-lompat kegembiraan apabila melihat percikan bunga api di malam tahun baru, alih-alih bila melihat kalendar kuda di dinding-sudah Febuari pula!
Ke mana pergi memori Januari saya pun, saya tidak tahu. Hahahaha.

Baik. Mari kita bercerita tentang bulan Febuari yang penuh bunga-bungaan ini.  Walaupun saya bukanlah pemuja bunga-bungaan, namun saya juga mempunyai bunga kesukaan iaitu Tulip.
Sekuntum Tulip tidak bermakna apa-apa kepada saya, melainkan sejambak 1000 kuntum atau seladang luas mata memandang! Kahkahkah.

(Bercita-cita mahu memiliki berhektar ladang bunga Tulip pelbagai warna bila sudah bersara nanti.  Hihihi)
Bunga mawar, sila layu. Hahahah.

Bagi saya bulan Febuari adalah bulan yang saya ingati dalam bulan-bulan lain dalam tahun Masehi ini; selain April, Ogos, September dan Oktober.
Bulan-bulan tersebut adalah bulan-bulan kelahiran ahli keluarga saya yang 'amat' besar ini.

17hb. Febuari adalah hari kelahiran lelaki paling agung dalam hidup saya iaitu Ayah saya Haji Rawi bin L. Ibrahim.  Tahun ini Ayah berusia 77 tahun.  Di usia sebegini, Ayah sudah uzur, tapi masih bersemangat dan mahu melakukan tugas seperti beliau berusia 40 tahun!


Ini ialah Ayah saya.  Kacak, bukan? Hihihi.

Pada saya, Ayah merupakan seorang bapa yang amat penyayang dan bertanggungjawab.  Ayah seorang yang tabah menjalani kehidupan dari zaman pemerintahan Jepun menerusi zaman kemerdekaan negara, zaman IT sehinggalah kini.
Ayah seorang yang optimis dan berpandangan jauh.  Tidak kiralah dalam apa juga aspek-kekeluargaan, kemasyarakatan; Ayah sentiasa mahukan yang terbaik.

Menjadi seorang anak yang rapat dengan Ayah, saya menyimpan banyak suka-duka yang ditempuhi oleh Ayah.  Seawal usia saya empat tahun, saya sudah menyimpan kejap semua memori yang berlaku dalam keluarga kami di ingatan saya.

Di mata saya, Ayah seorang yang rajin berusaha keras dalam setiap perkara yang dilakukannya-menjadikan Ayah seorang pejuang yang ampuh, gagah, berani dan cekal.
Bukan sahaja berusaha kuat untuk keluarga, malah untuk masyarakat.
Ayah bukan politikus mahupun ahli perniagaan berjaya-tetapi Ayah lebih dari itu.

Jadi, di bulan Febuari ini saya ingin mendedikasikan kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi kepada Ayah yang sangat saya cintai.
Ayah sudah berkorban segalanya-harta, wang ringgit, tenaga dan segalanya untuk keluarga kami.  Maka, di usia ini saya berharap agar masih diberi rahmat oleh Allah s.w.t kepada Ayah, semoga beliau sentiasa di pelihara kesihatannya, amal-ibadahnya dan di rahmati usianya dunia akhirat.


Amin Ya Rabbal Aalamin.

Sekian, ketemu lagi.


Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Langkah Keberanian