Langkah Keberanian

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.

Cuaca tidak menyebelahi saya nampaknya.  Demam, batuk dan selsema setelah enam hari berkampung di hutan.  Kini baru ada semangat untuk bekerja. (Eh?) Hahaha.

Nampaknya, bulan Mac dan April merupakan bulan yang amat sibuk untuk saya.
Banyak tugasan hakiki yang harus diselesaikan.  
Begitu juga dengan tugas-tugas baharu yang harus di titik beratkan.

Anak-anak juga turut sibuk dengan sukan, aktiviti sekolah, membuat sibuk di kem Pak Teh dan sebagainya.

Selama enam hari saya menyiapkan diri untuk langkah yang seterusnya dalam bidang keusahawanan.

Tidak merancang pun untuk bergelar usahawan kerana perasaan yang tidak begitu yakin akan kemampuan diri.

Maka, berkampunglah saya selama enam hari bagi menggali kelebihan dan kekurangan diri.

Rupa-rupanya, saya memiliki ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya membayar zakat sebanyak RM250k setahun itu!

Sungguh.

Mereka kata saya berpotensi.
Harus di gilap dan di paksa untuk mencapainya.

Saya bilang, saya tidak tahu bagaimana untuk menjual nasi lemak, pisang goreng, kuih goyang, kuih siput dan sebagainya dengan berjaya.

Bukan.

Mereka bukan minta saya menjual makanan seperti disebutkan di atas.

Mereka mahu saya menjual kasut kepada penduduk Somalia.
Mereka mahu saya menjual basikal kepada penduduk di Antartika.

Mereka mahu saya menjadikan sesuatu yang mustahil kepada keuntungan yang besar.

Dan.
Saya tidak menyedarinya pun selama ini.
Saya tahu ada banyak peluang, tetapi saya tidak sedar bahawa saya mampu.

Maka, dengan izin Allah s.w.t jugalah saya tergerak untuk ke kursus tersebut serta mengesan kebolehan dan kelemahan diri untuk mencapai objektif yang saya ingin gapai.

Semoga saya terus istiqamah dan tawadu' dengan usaha dan perancangan yang telah di susun.

Semoga Allah s.w.t akan memudahkan jalan ke arah itu.

In Shaa Allah.


Semoga ketemu lagi.


Comments

Popular posts from this blog

D'Kok Eco Camp

Hello 2017!

Pohon Pine Cypress