Posts

Ragam Anak-Anak (Adegan Si Kakak) Shoot 15, Scene 121-Pujuklah Aku Ibu

Assalamualaikum w.b.t Salam sejahtera. Lama saya tidak menjenguk ke sini lantaran bebanan kerja yang agak melimpah dan kesibukan menguruskan anak-anak yang semakin membesar. (Kenapa begitu klise..?) :p Biasalah, rutin seorang wanita bekerja dan surirumah serta ibu kepada anak-anak yang tengah melasak. (Klise lagi!) :p Hari ini Si Kakak meragam lagi.  Anak dara seorang ini tidak seperti Ibunya sewaktu kecil-suka ke sekolah sehingga Ayah terpaksa merayu guru Tabika bertugas di kampung untuk mengambil saya sebagai anak murid.  Merayu, ok? Dari bangun pagi, harus dipujuk dengan elok agar 'mood' nya tidak melayang.  Geletek sana sini, umpan dengan baju yang akan dipakai untuk ke sekolah hari ini.. Terus di bawa untuk mandi (air sejuk dari kolah jumbo Uwik, semestinya)..pujuk lagi dengan mengatakan bahawa mandi air sejuk itu ialah antibiotik . (Sila abaikan air panas yang dijerang Uwik untuknya-sila simpan untuk Si Adik-bukan bermakna Ibu malas, ok) :p Sesudah ...

Ujian dan Rahmat Allah s.w.t Tidak Bertepi

Assalamualaikum w.b.t Salam hormat. Sejak negara dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS-MH370, hati saya terbetik dengan pelbagai rasa yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.  Namun begitu, hanya ketakutan yang bertakung di dada. Sebagai seorang ibu, saya terbayangkan ketakutan seorang anak kecil yang berada dalam penerbangan tersebut.  Sebagai seorang anak, saya dapat rasakan ketakutan seorang ibu, mengenangkan anak yang belum puas dibelai.  Sebagai seorang kakak, saya dapat rasakan ketakutan akan kehilangan darah daging dan orang yang paling rapat.  Sebagai seorang isteri, saya terbayangkan ketakutan dan betapa inginkan suami ada di sisi ketika itu.  Sebagai seorang Islam, saya terbayangkan ketakutan akan bala Allah s.w.t yang diturunkan untuk menyedarkan diri. Dalam ketaksuban kita bergantung kepada kecanggihan teknologi, adakalanya kita terlupa akan ada kuasa yang lebih agung untuk kita bergantung iaitu kuasa ALLAH S.W.T Yang Maha Mem...

Relakan Jiwa

Relakan Jiwa Ku sangka hidupku selamanya kelam, Terbelengu ikatan tanpa manisnya cinta, Memaksa diriku menapaki jalan Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku. Kini kau pun hadir memberi cahaya, Membangunkanku dari suramnya mimpi ngeri, Meruntun hatiku ke palung asmara, Seakan ku hidup kembali dari matiku. Engkaulah cinta yang selama ini aku cari. Ku relakan jiwa 'tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu, Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku, Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku. Seandainya waktu  tak pernah pertemukan aku dengan dirimu, Akan ku biarkan mati hatiku selamanya, Sehingga kau datang membangunkan aku. Tersentuh pula hati Ibu dengar lagu ini, nak.. :(  :(

Masih menunggu

Propa, bukan? Apa lagi yang ditunggu oleh seorang emak budak ini? Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Ya, saya akan terus menunggu.  Apa yang anda tunggu-tunggukan? Sesuatu. Menggembirakan? Ya, pasti.  Tetapi tidak mahu terlalu berharap. Katakan sahaja, kenapa mahu berahsia? (errr...apakah ini dialog filem hitam-putih zaman kelahiranku? ;p ) Sudah!  Berhenti merepek, perempuan! Sekian, saya mahu sambung kerja. (Hek eleeee...itu je? Baik takyah upload pun....) poyo, mencari gaduh (Ada aku kesah?  Blog aku, sukati akulah!) sentap, tahap takbleh bla.. Hmpph! Pencemaran bahasa paling banyak abad ini! Baiklah, ketemu lagi..

Kerja Ditempat Baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Sudah hampir sebulan saya meninggalkan pekan Kuala Pilah.  Dan sudah hampir satu bulan juga saya mengira bil petrol kerana berulang ke bandar Seremban.  Semuanya kerana suka.  Bukan cinta. (tiba-tiba... :p ) Syukur kepada Allah s.w.t kerana membuka pintu rezeki-Nya buat kami sekeluarga.  Berdoa sahaja agar sentiasa mendapat keberkatan selalu.  Saya ada kerja, jadi cukup sampai di sini.  :p Sekian adanya.

Kesayangan

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat.  Kesayangan hamba. Uwik dan Israq, Atuk dan Haya

Gulai Ikan Nyok-Nyok

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Apa itu ikan nyok-nyok? Entah, masak sajalah.. :) Gulai ikan nyok-nyok dengan kundang muda. Sekian.