Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Ini adalah gambar yang di ambil pagi tadi. Setelah pelbagai usaha untuk membuatkan Israq memakai baju tersebut. Ayat biasa : Eh eh..hensemnya Adik..! :p Dan, itu hanya ketika di rumah..setibanya di sekolah: menangis, meraung. Terpaksa menggunakan khidmat Uwik untuk menemankannya kerana terpaksa bergegas menghantar Kakak pula ke PAPN.. Dan, reaksi Si Kakak ketika meninggalkan adiknya di Tadika KEMAS... (Menangis, meraung) Juga, terdapat persamaan yang kebetulan berlaku ketika hari pertama anak-anak Ibu ke sekolah: 1. Anak-anak menangis, meraung 2. Terpaksa di temankan 3. Ibu pakai baju terbalik! Ya, memang benar. Disedari ketika sampai di pejabat. Rekodnya: tiada siapa yang menegur-baik di rumah atau di mana-mana sehingga perasan sendiri..hahahaha Sebab itu saya suka konsep ke pejabat dengan pakaian kasual. Sarung apa yang tercapai oleh tangan dan di pejabat,...