Hidup Ini Umpama Sebuah Kuliah Universiti
Anak dara saya Haya akan berusia 5 tahun pada tahun ini. Semakin hari semakin bijak dan sudah terlihat kecenderungannya sekarang. Seawal usia itu dia sudah saya hantar ke pra-sekolah di kampung. Anak manja saya, Israq bakal menginjak umur 4 tahun tidak terlalu lama lagi. Mulutnya petah berkata-kata walau masih kedengaran pelat di sana-sini. Sudah di hantar ke sekolah Tabika oleh Atuk walau sudah jua di suruh balik oleh Cikgu Girl nya kerana masih terlalu awal usianya untuk ke sekolah. Terasa amat bahagia melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Jika dulu, saya pasti tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang sedang meningkat usia ini, memandangkan tiada kehadiran Daddy-nya bersama. Namun kini, semua itu sudah terisi sejak Daddy pulang. Rupa-rupanya, masih banyak kelemahan dalam mendidik anak-anak yang masih perlu saya perbaiki. Amat berbeza pendekatan yang cuba saya terapkan berbanding cara Suami mendidik anak-anak mengikut...