Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Berpinau, muak, jelak. Bulan lepas saya telah khatam bacaan novel-novel oleh Sophie Kinsella kemudian Cecilia Ahern dan sekarang rasa mahu muntah pun ada. Berhenti. Sebetulnya perpustakaan tersebut sudah kehabisan hasil tulisan penulis-penulis berkenaan. Melakukan pembacaan berbahasa Inggeris kerana lidah sudah kejang berbahasa "Geyet" dan khuatir anak-anak juga akan menurut jejak langkah. Menjengah Perpustakaan Desa pula, tertegun. Apakah ini? Beratus novel-novel berbahasa Melayu tersusun di hadapan mata, lalu bertanya kepada si Haya: "Kakak, dari mana Ibu nak mulakan ni?" Nyata, tiada jawapan dari anak yang berusia 2 tahun itu. Dengan azam tertanam di dada, saya memejamkan mata dan mengambil secara rambang sebuah buku dari rak paling atas. Nah, ambik kau. Tebal giler.. masak, masak.. Sekian. p.s: Jika ada pertandingan membaca paling banyak buku, sila ambil saya. Enam bua...