Posts

fasa baru dalam kehidupan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Pasar baru dalam kehidupan saya ialah Pasar Sungai Besi (eh, apa merepek?) Selama 32 tahun hidup saya ini, pelbagai peringkat dan pengalaman telah dilalui.  Bermula dari saat dilahirkan hingga ke hari ini, saya berasa amat bersyukur kerana dikurniakan kesempurnaan fizikal dan mental serta menjalani hidup yang menyenangkan. Saya pasti, semua manusia dan makhluk di muka bumi ini juga mempunyai lakaran lukisan kehidupan yang sama walaupun jalan cerita yang mungkin berbeza. (Tuan-tuan dan puan-puan, sila pastikan anda berada dalam keadaan selesa dan memegang pen merah untuk menanda kesalahan tatabahasa ketika membaca karangan berbentuk biografi untuk Kertas Dua bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010). Pada pandangan peribadi saya, fasa kehidupan yang bakal saya tempuhi tidak lama lagi adalah saya kira yang paling mencabar sekali.  Sejak dari awal perkenalan saya dan bakal suami, kami te...

selamat hari guru -> edisi tren terlewat sbb sangkut kat area titiwangsa (agaknya)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia.  Dalam kesuraman cahaya lampu di opis (kerana terbakar sebab lama tidak tutup ;P ) tiba-tiba saya terkenang kepada zaman persekolahan saya dalam era 1980-an dahulu.  Ya, di mana zaman rock kapak sedang mula mengembangkan sayapnya - justeru kemunculan Kumpulan Wings bersama Awie yang tidak nampak ganas seperti sekarang ;P.   Tulisan kali ini juga disokong dengan kesungguhan anak buah (Al-Ammar Harith) dengan aksi yang sangat comel (bersama giginya yang telah hilang sebatang akibat dicuri oleh tooth fairy ) bercerita tentang pasukan bolasepak guru sesi petang sekolahnya yang kalah dalam pertandingan menentang pasukan guru sesi pagi. Saya mula mengenal sekolah alam persekolahan ketika seawal umur 5 tahun - ketika saya mula mengikut @ membontoti kakak sepupu saya ( mummy Al-Ammar Harith) untuk ke sekolah.  Agak mengecewakan pada mulanya kerana saya enggan diterima kerana masih belum cukup umur....

kisah saya dan adik

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Hati dan jari yang diikuti dengan pertimbangan akal, rasa terpanggil untuk merungkai kisah hidup saya bersama saudara kandung yang paling saya sayangi selamanya-adik saya yang bernama Muhammad Jan.  Kalau diikutkan rasa, tak mahu saya menghebahkan dan menulis tentang dia di dalam blog ini memandangkan dia seorang yang pemalu (hah?) dan tidak suka orang memperkatakan tentang dirinya. (Untuk perhatian, ini bukan cakap belakang tahu adik..ini tulis depan-depan ;P). Memandangkan hanya dia sahaja yang akan membaca tulisan ini, menambahkan lagi semangat dan keterujaan saya untuk menulis makalah yang panjang berjela tentang dia! ;P Kalau tidak kerana adik, mungkin saya akan menjadi seorang anak tunggal (atau tunggul-yang apabila tersepak akan berdarah ibu jari ;P).  Kalau tidak kerana adik juga, tiada siapa yang boleh saya buli semasa kecil.. ;P.  Sudah lebih dua dekad saya membesar bersamanya.  Semua perkara dilakuka...

kisah syurgaku

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya digambarkan sebagai seorang yang mudah mesra, peramah dan lebih kepada kepala angin (?).  Namun, sangat sedikit di kalangan orang-orang yang mengenali saya, betul-betul memahami saya.  Tidak siapa yang tahu (sekarang mungkin ada yang tahu) bahawa saya suka menulis.  Sedari umur 14 tahun, saya sudah mula berjinak-jinak untuk menulis.  Namun, ia terhad kepada penulisan bebas dan boleh dikatakan agak tunggang langgang dan mengikut kata hati sepenuhnya.  Saya menulis untuk diri sendiri.  Kepuasan datang apabila pena berada dalam genggaman jemari saya.  Walau karya itu hanyalah sepotong ayat, namun ia cukup untuk menggambarkan situasi saya ketika itu.  Tulisan saya tidak disiarkan di mana-mana atau dibaca oleh umum.  Karya saya adalah cetusan diari kehidupan peribadi saya.  Kepuasan saya adalah apabila saya membacanya semula.  Saya belajar juga dari penulisan yang lalu.  Saya dewasa b...

kisah halimah jongang

Assalamualaikum dan salam hormat. Adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati apabila diejek dengan panggilan yang tidak enak berdasarkan kelebihan atau kekurangan yang kita miliki.  Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan fizikal di mana ia akan amat jelas dan senang kelihatan oleh mata kasar.  Mungkin sudah adat manusia yang amat tertarik untuk melihat kekurangan selain kelebihan setiap perkara, lantas menjadikan ia satu bahan hiburan tanpa menyedari kesan dari perbuatan tersebut kepada individu yang terlibat. Saya tertarik dengan isu kepada satu drama bersiri tempatan ketika ini iaitu 'Halimah Jongang - The Series' yang disiarkan di saluran televisyen berbayar negara.  Tajuknya amat ketara menunjukkan apakah plot drama yang akan disajikan kepada penonton yang berminat menonton siri tersebut. Saya rasa ini bukanlah kali pertama dalam arena filem atau drama di negara kita memaparkan realiti kehidupan golongan yang istimewa seperti itu.  Dan bukan kali pertama juga...

warna-warna meriangkan

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Kali ini saya tidak mahu membuatkan anda menyesal membaca tulisan saya kerana hari ini merupakan hari yang kurang baik buat saya - justeru, saya hilang keupayaan untuk berfikir dan meluahkan ide yang menghiburkan di paparan kali ini. Justeru, saya hanya ingin berkongsi dengan anda tentang event yang akan berlangsung pada minggu hadapan iaitu Fiesta Belon Udara Panas 2010 di Putrajaya.  Gambar-gambar di bawah merupakan antara peserta dari negara-negara yang menyertai fiesta tersebut.  Sila lihat dan hayati warna-warna keriangan yang akan berada di Putrajaya pada 18 - 21 Mac akan datang... ini adalah dari peserta tuan rumah - Malaysia saya pasti akan mencari belon ini nanti ;P juga yang ini dari negara Jepun yang ceria Germany New Zealand Poland... ...dan Switzerland Oleh itu, saya harap anda gembira dan tidak sabar rasanya untuk melihat langit Putrajaya dihiasi dengan warna-warna cemerlang dan meriangkan......

rahsia air tangan

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. "Walaupun mak goreng telur mata aje, tapi rasanya macam ayam belanda panggang yang diperap 24 jam dengan rempah ratus berkualiti untuk hari Thanksgiving la..pelik la.  Apa resepi mak pakai?" Soalan saya dibalas dengan 'jelingan manja' emak.  Mungkin dalam hatinya berkata - Buang tebiat ke anak aku ni?.  " Alah, cakap je la malas masak.  Kenapa tak cakap air kosong mak tu rasa choco ice blended ?" ;P  Ya, saya amat bersetuju dengan jawapan jujur emak.  Benar, air tangan seorang ibu itu amat berkat.  Ini terbukti apabila kaki saya menjejak sahaja di laman rumah emak, tanpa menoleh kiri dan kanan; fokus utama saya adalah gobok (dalam erti kata lain - almari) makanan di dapur!  Saya tidak pernah muak dengan masakan emak dan ayah.  Walaupun yang terhidang di depan mata hanya ikan bilis goreng-saya tidak nafikan perasaannya memang umpama biawak mendapat sebakul telur ayam kampun...