Posts

Ini hobi saya yang terlihat nyata - MAKAN

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Semua rakan taulan, saudara-mara serta orang yang melihat keadaan fizikal saya pasti sudah maklum apakah kecenderungan saya.  Ya, benar.  Kegilaan saya terhadap makanan.  Sebelum berumah tangga, kecenderungan saya ini kelihatan amat ketara.  Saya akan sentiasa memikirkan apa yang akan dijamah untuk makan tengahari walaupun selepas 5 minit menikmati sarapan pagi!  Saya juga kerap merancang aktiviti cuti dengan merangka destinasi makanan yang belum pernah dicuba. Namun, ia berubah selepas hidup berumah tangga.  Tetapi, ia berubah menjadi semakin menggila apabila suami mempunyai hobi yang semakin menggalakkan saya untuk makan iaitu hobi memasak makanan yang teringin dimakan isteri !  Lihat, semakin mengujakan bukan? ;p Namun, sayang sekali kerana kami bukanlah pakar memasak atau berkebolehan menulis buku resepi masakan.  Bahan-bahan masakan kami tidak mengikut sukatan yang standard.   Cara memasak ka...

Saya cinta keamanan

Assalamualaikum w.b.t Salam 1Malaysia. (wah, patriotik! ;p) Saya tidak bersetuju dengan tajuk di atas (kenapa tiba-tiba sahaja?).  Tetapi, ia bukanlah bermaksud selama ini saya tidak cintakan keamanan (oohhh...).  Ia juga tidak bersangkut-paut dengan isu panas yang melanda negara kita sekarang.  Tidak juga menggangu-gugat semangat kemerdekaan negara kita yang telah 53 tahun bebas dari penjajahan fizikal British. Apatah lagi memporak-perandakan suasana keamanan yang dinikmati oleh majikan saya yang sedang tekun memuat-turun filem terbaru dalam format blue-ray itu (perlukah dinyatakan juga? ;p ).  Betul, tiada niat langsung untuk menulis tentang isu keamanan - sementelah ia kelihatan seperti tajuk karangan peperiksaan ujian kelayakan PTD yang jika boleh tidak mahu saya diduduki itu. (oh, minta maaf kepada Tuan-tuan PTD sekalian - anda memang hebat kerana telah lulus ujian itu! ;p ). Dari sudut pandang seorang insan kerdil (yang bertubuh besar) ini, keamanan memba...

Merendah juga meninggi

A ssalamualaikum w.b.t Salam hormat dan salam sejahtera. Pernyataan (atau 'kenyataan'?) di atas membuatkan saya terfikir akan kebenarannya (awal-awal lagi sudah menunjukkan Bahasa Jiwa Bangsa yang tunggang langgang ;p ).  Ini tiada kaitan dengan keadaan fizikal saya yang meninggi semasa kecil (berdiri paling belakang dalam barisan perhimpunan sekolah) dan merendah ketika ini (kerana anak-anak buah lebih tinggi dan besar dari saya ;p ).  Juga tiada kaitan dengan tangga gaji dan pendapatan saya ketika ini ;p .  Ia lebih kepada kesedaran diri tentang maksud yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan tersebut (oh, bukan ter-sirap - rona wajah yg memerah seperti air sirap ais yang sangat sedap dinikmati ketika cuaca panas).  Ya, saya sangat sedar bahawa 70% daripada ayat di perenggan ini kelihatan berunsur 'macam- tak-mahu- berkata- dengan- serius'. Apa yang ingin saya katakan dalam sessi penulisan kali ini adalah lebih kepada menyentuh tentang perkara yang selalu say...

fasa baru dalam kehidupan

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Pasar baru dalam kehidupan saya ialah Pasar Sungai Besi (eh, apa merepek?) Selama 32 tahun hidup saya ini, pelbagai peringkat dan pengalaman telah dilalui.  Bermula dari saat dilahirkan hingga ke hari ini, saya berasa amat bersyukur kerana dikurniakan kesempurnaan fizikal dan mental serta menjalani hidup yang menyenangkan. Saya pasti, semua manusia dan makhluk di muka bumi ini juga mempunyai lakaran lukisan kehidupan yang sama walaupun jalan cerita yang mungkin berbeza. (Tuan-tuan dan puan-puan, sila pastikan anda berada dalam keadaan selesa dan memegang pen merah untuk menanda kesalahan tatabahasa ketika membaca karangan berbentuk biografi untuk Kertas Dua bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010). Pada pandangan peribadi saya, fasa kehidupan yang bakal saya tempuhi tidak lama lagi adalah saya kira yang paling mencabar sekali.  Sejak dari awal perkenalan saya dan bakal suami, kami te...

selamat hari guru -> edisi tren terlewat sbb sangkut kat area titiwangsa (agaknya)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia.  Dalam kesuraman cahaya lampu di opis (kerana terbakar sebab lama tidak tutup ;P ) tiba-tiba saya terkenang kepada zaman persekolahan saya dalam era 1980-an dahulu.  Ya, di mana zaman rock kapak sedang mula mengembangkan sayapnya - justeru kemunculan Kumpulan Wings bersama Awie yang tidak nampak ganas seperti sekarang ;P.   Tulisan kali ini juga disokong dengan kesungguhan anak buah (Al-Ammar Harith) dengan aksi yang sangat comel (bersama giginya yang telah hilang sebatang akibat dicuri oleh tooth fairy ) bercerita tentang pasukan bolasepak guru sesi petang sekolahnya yang kalah dalam pertandingan menentang pasukan guru sesi pagi. Saya mula mengenal sekolah alam persekolahan ketika seawal umur 5 tahun - ketika saya mula mengikut @ membontoti kakak sepupu saya ( mummy Al-Ammar Harith) untuk ke sekolah.  Agak mengecewakan pada mulanya kerana saya enggan diterima kerana masih belum cukup umur....

kisah saya dan adik

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Hati dan jari yang diikuti dengan pertimbangan akal, rasa terpanggil untuk merungkai kisah hidup saya bersama saudara kandung yang paling saya sayangi selamanya-adik saya yang bernama Muhammad Jan.  Kalau diikutkan rasa, tak mahu saya menghebahkan dan menulis tentang dia di dalam blog ini memandangkan dia seorang yang pemalu (hah?) dan tidak suka orang memperkatakan tentang dirinya. (Untuk perhatian, ini bukan cakap belakang tahu adik..ini tulis depan-depan ;P). Memandangkan hanya dia sahaja yang akan membaca tulisan ini, menambahkan lagi semangat dan keterujaan saya untuk menulis makalah yang panjang berjela tentang dia! ;P Kalau tidak kerana adik, mungkin saya akan menjadi seorang anak tunggal (atau tunggul-yang apabila tersepak akan berdarah ibu jari ;P).  Kalau tidak kerana adik juga, tiada siapa yang boleh saya buli semasa kecil.. ;P.  Sudah lebih dua dekad saya membesar bersamanya.  Semua perkara dilakuka...

kisah syurgaku

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Saya digambarkan sebagai seorang yang mudah mesra, peramah dan lebih kepada kepala angin (?).  Namun, sangat sedikit di kalangan orang-orang yang mengenali saya, betul-betul memahami saya.  Tidak siapa yang tahu (sekarang mungkin ada yang tahu) bahawa saya suka menulis.  Sedari umur 14 tahun, saya sudah mula berjinak-jinak untuk menulis.  Namun, ia terhad kepada penulisan bebas dan boleh dikatakan agak tunggang langgang dan mengikut kata hati sepenuhnya.  Saya menulis untuk diri sendiri.  Kepuasan datang apabila pena berada dalam genggaman jemari saya.  Walau karya itu hanyalah sepotong ayat, namun ia cukup untuk menggambarkan situasi saya ketika itu.  Tulisan saya tidak disiarkan di mana-mana atau dibaca oleh umum.  Karya saya adalah cetusan diari kehidupan peribadi saya.  Kepuasan saya adalah apabila saya membacanya semula.  Saya belajar juga dari penulisan yang lalu.  Saya dewasa b...