Disember 2016
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat. Disember. Begitu cepat masa berlalu. Datangnya juga tidak disedari. (Adakah selama ini saya berhibernasi?) Hahaha. Disember hanyalah pengakhiran bulan dalam takwim Masehi. Namun, ia saya anggap bukanlah bulan yang harus di isi dengan acara-acara santai memandangkan di bulan inilah saya dan pasukan kerja akan bertungkus-lumus menghabiskan wang peruntukan kerajaan demi mengisi kantung kewangan syarikat. Hahaha. Begitu banyak perancangan yang telah dan sedang saya laksanakan untuk tahun akan datang. Semangat juga seakan segar di siram hujan lebat bulan Disember. Perancangan untuk diri, anak-anak (yang paling mengujakan), keluarga dan syarikat; seolah tidak cukup dua belas bulan yang sedia ada. Bolehkah saya memandai-mandai mencipta nama bulan yang baru, jadi nanti nama saya akan tercetak dalam buku-buku tawarikh sebagai perempuan yang tidak logik mencipta dan merubah ketetapan kebiasaan? Hahahaha...