Hari-hari sebagai seorang pelajar sekolah menengah saya lalui dengan tenang dan riang. Walaupun bukan seorang pelajar yang menonjol dari segi pelajaran dan ko-kurikulum, saya gembira bersekolah di situ. Bersama kawan-kawan sekepala, sebulu-menjadikan hidup saya lebih bermakna. Sebagai anak remaja yang sedang meningkat naik, pelbagai aktiviti kami lakukan dan telah di cuba untuk menghilangkan kekangan kebosanan hidup di asrama. Sebut sahaja pelbagai jenis kenakalan yang biasa di lakukan oleh remaja seperti kami seperti escape prep, keluar awal dari prep, tak turun solat tarawikh, escape bacaan Yassin, escape perhimpunan, lambat masuk kelas, keluar awal kelas, ponteng kelas, tidur waktu prep, seludup masuk Walkman, bawa seluar jeans , seludup masuk majalah hiburan, berpura-pura sakit mata untuk mendapat MC seminggu, pura-pura sakit dan tidur di bilik sakit, err.. fly malam-malam saya tak buat, dan lain-lain lagi. (Mak ai, banyak tu). Itu belum dikira lagi d...